Pages

Subscribe:

Monday, November 14, 2011

Pantun Anak-anak

Cerana patah dipijak
Patah dipijak ‘ncik siti’
Saya ini bukannya bijak,
Tambahan tidak mengerti

Cina gemuk membuka kedai,
Menjual embeh dengan malu
Bertepuk adikku pandai,
Boleh diupah dengan susu

Cempedak diluar pagar,
Tarik galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukan

Buah ara batang dibantu,
Mari dibantun dengan arang
Hai saudara dengarkan lah pantun,
Pantun tidak mengata orang

No comments:

Post a Comment